Kulit Manusia

Deria Sentuhan dan Struktur Kulit Manusia
Sense of Touch and the Structure of the Human Skin

*Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

*Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).

Struktur Kulit Manusia / the Structure of the Human Skin

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

      

Epidermis:

  • Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
  • Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Dermis:

Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung.

Kaya dengan kapilari darah untuk mengangkut nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.

Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian , kelenjar peluh dan tisu adipos.

Dermis juga mengandungi ‘hujung saraf’ untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.

Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Kegunaan kulit dalam kehidupan seharian / use of skin in everyday life.

Tempat suntikan pada badan. Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.

Membaca ‘Braille’. Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.



Fungsi bahagian mata /eye parts function.

Fungsi bahagian mata / eye parts function.



Struktur mata / eye structure

Deria Penglihatan  / senses of sight

- Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya.
- Mata adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.
- Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak.
- Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.


Mekanisme pendengaran dalam telinga



Telinga organ deria yang menerima rangsangan bunyi

   Fungsi bahagian telinga / Ear parts function

- Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.
-Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.
?-Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).
?Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil ‘endolymph’.
?Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
?Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.
bahagia telinga dan fungsia


organ deria lidah versi 2

Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).

Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.

Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.

Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.

Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa.

Lidah merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis, masin, masam dan pahit.

Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa. Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar .

Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan. Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.

Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit,  manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah / taste detection process.

Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).

Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.

Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.

Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.

Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau dan deria rasa / The relationship between the sense of smell and sense of taste.

Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.

Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus. Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

            



organ deria hidung

Struktur Hidung / The Structure of the Nose

         

Deria bau adalah deria yang boleh mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam.Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung.

Struktur hidung manusia:

Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium.

Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).

Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.

Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Proses mengesan bau oleh hidung / Smell detection process

1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.

2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.

3. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau.

4. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.

Faktor yang mempengaruhi kepekaan hidung / Factors that affect the sensitivity of the nose:

1. Kekuatan bau.

Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.

2. Kehadiran mukus dalam hidung.

Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.

3. Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang kurang.



Bagaimana manusia dapat rasa..????

Carta alir menunjukkan laluan impuls melalui saraf setelah suatu rangsangan dikesan oleh organ merangsang.



Kepentingan sains dalam kehidupan harian

Kepentingan sains dalam kehidupan harian.

                 

1.Bidang perubatan: mengesan bagi mencegah penyakit pada peringkat awal. Rawat dengan terciptanya ubat-ubatan serta peralatan perubatan berteknologi baharu.

2.Bidang teknologi maklumat: Memudahkan komunikasi dan pemindahan maklumat dengan lebih cepat,mudah dan berkesan.

3.Bidang Pendidikan: Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. contoh pengguna komputer tercipta software pengajaran.

4.Bidang Pengangkutan: Membolehkan manusia bergerak dan mengangkut barang dengan cara yang mudah.

5. Bidang Pertanian: Meningkatkan hasil serta kualiti pertanian dan produk ternakan.

6.Bidang Perindustrian: Mengembangkan teknologi baru untuk menghasilkan produk baru.



langkah-langkah dalam penyiasiatan sains

contoh langkah dalam penyiasatan saintifik